Khamis, 7 Mac 2013

RINDU

Semenjak aku duduk di negeri orang ini..aku dah lost contec dengan membe2 dan cikgu2 yg selalu aku bual..bukan aku tak nak hubungi mereka tapi masa yg berlalu dengan pantas yg menyebabkan aku tidak dapat elak apa yg berlaku pd diri aku..jujur aku katakan yg aku dapat rasakan bahawa aku dah hilang kawan2 yg aku syg dan aku ckgu2 yg aku rindu..aku amat2 rindukan mereka..bilakah aku dapat jumpa mereka..?adakah mereka hendak berjumpa dan menerima aku semula seperti dulu setelah apa yg berlaku pada diri aku dalam sekelip mata 2tahun ini..??

aku sedar aku bukan sapa2 dalam hati mereka..aku hanya seorang hamba Allah yg hina dan aku bukan manusia sebaik yg semua orang sangka..namun sekrg aku cuba untuk jadi yg terbaik utk mak dan ayah…hrm..sebut pasal mak ayh aku terasa rindu sangat sehinggakan menyesakkan dada aku..aku dah tak dpt nak pndam rindu ini lagi..namun apa yg aku boleh buat hnya berdoa dan menunggu masa utk aku pulang berjumpa mereka..sebab itulah aku jauhkan diri dan bawa haluan aku sndiri tnpa di sedari org lain yg aku cuba larikan diri dari mereka..

nak tahu kenapa..??semuanya bermula pada bulan 9.2011 setelah aku menerima tawaran untk smbung belajar di negeri borneo..sejak itu juga Allah menguji aku dengan pelbagai musibah..masa sem pertama Allah menduga kedua ibubapa ku dengan wujudnya seorg hamba Allah yg memeras ugut ibubapa ku utk membunuh aku dgn harapan ibubapa aku batalkan niat utk bg aku sambung belajar di borneo..masuk sem 2, aku di duga dengan kehilangan kawan2 dan cikgu2 yg aku sygi..semuanya di sebabkan kerja bodoh seorg hamba Allah yg tidak senang melihat aku bahagia dengan kehidupan aku..sem 3 pula aku di duga dengan pergaduhan di rimah sewa ku..di mana dalam pergaduhan tu aku langsung tak bersalah dan aku tak bertegur sapa dgn beberapa org ahli rumah..dan kini sem 4 aku di duga lagi sekali dgn kawan2 yg amat aku sygi..

aku redho dgn apa yg Allah berikan pada aku..dalam masa dia(Allah) memberi kita kebahagiaan utk terus hidup,dia(Allah) juga akan menduga kita dgn pelbagai musibah utk menguat dan mentabahkan lagi hati ini…syukran ya Allah..dan kau(Allah ) bantulah aku dalam mengharungi liku2 kehidupan aku…

Selasa, 26 Februari 2013

" 9 SITI YANG PATUT DI CONTOH OLEH KAUM HAWA "


Hari ini nak kongsikan sikit pasal nama2 siti yang perlu kita ambil contoh..
selamat membaca..

1. Siti Khadijah,Beliau merupakan istri Rasulullah Shalallahu'alaihi Wa sallam yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’..
...
2. Siti Fatimah..
Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu..
3. Siti A’ishah..
Beliau istri Rasulullah yg paling romantis. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.Di mana Nabi Shalallahu'Alaihi Wasallam minum disitu beliau akan minum menggunakan bekas yg sama..
4. Siti Hajar..
Istri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali)..
5. Siti Mariam..
Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk mengandungkan Nabi Isa..
6. Siti Asiah..
Istri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah..
7. Siti Aminah..
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia..
8. Siti Muti’ah..
Istri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya, kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya saja..
9. Siti Zubaidah..
Wanita kaya dermawan yg menjadi istri Khalifah Harun Al-Rashid..
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah Subhanahu Wata'ala..
SubhanAllah,Semoga para wanita yang sedang membaca tulisan ini bisa menjadi salah satu Diantaranya...

NIKMAT DUNIA dan SAHABAT

Sepanjang hidup ku yang aku lalui selama 21tahun..Allah telah memberiku pelbagai nikmat yang tak pernah putus dari sehari ke sehari..lebih2 lagi nikmat iman dan takwa..namun adakah aku bersyukur dengan nikamat yang aku terima..??bila di fikirkan semua aku adalah manusia yang paling rugi kerana adakalanya aku bersyukur dan adakalanya aku tak terfikir bahawa apa yang aku perolehi sekarang ini adalah satu nikmat yang di berikan oleh Allah kepada ku..
 
Namun di sebabkan sikap aku yang kadang kala mengambil remeh terhadap nikmat yang telah Allah berikan kepada ku..sedikit demi sedikit aku rasa yang Allah telah tarik nimat yang aku ada sekarang..namun itu sekadar naluri aku sahaja kerana aku tahu Allah tidak pernah putus beri nikmat kepada hambanya walaupun hambanya tidak reti bersyukur..
 
Aku redho dengan apa yang berlaku kepada ku..aku juga telah hilang nikmat kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup ku..dulu zaman sekolah dan kecil akulah orang yang paling ceria dalam family ku..sehingga kawan2 menggelar aku orang yang tak ada perasaan kerana apa saja yang orang buat pada aku,,aku hanya tersenyum dan berkata biar jelah..
 
Namun kekuatan untuk aku terus jadi orang yang tidak berperasaan itu mati apabila aku menjejaki alam universiti dan dalam masa yang sama aku terjumpa seorang masa tingkatan 6 yang telah banyak mengubah dan menguji tahap kesabaran ku..aku sedar yang menguji tahap kesabaran ku itu bukan lelaki itu tapi Allah..Allah mengirim orang itu untuk menjadi sebab musabab dalam ujian yang Dia(Allah) beri pada ku...
 
Apa yang berlaku setelah aku berkanalan dengan seorang yang sama sekolah dengan ku ketika tingkatan 6 dulu telah memberi satu pengajaran kepada ku agar aku tidak terus rapat dan menyimpan perasaan pada mana2 lelaki..dan di sebabkan lelaki itu juga aku takut untuk berkawan dan mencari kebahagiaan aku sendiri..walaupun kebahagiaan itu datang dari Allah namun kita sebagai hamba kena mencari..barulah Allah memberi..
 
Selain itu, aku juga telah hilang kawan2 yang Allah berikan kepada ku untuk aku berdamping dengan mereka ke arah kebaikan..dan dengan dugaan itu juga aku dapat bezakan mana sahabat dan mana kawan..sahabat yang baik tak akan tinggalkan sahabatnya walaupun buruk macam mana sekalipun perangai sahabatnya..
 
Apa yang penting sekarang kita kena bersyukur dan pandai memilih sahabat dalam apa juga keadaan yang kita alami..dan saya mohon maaf andai saya telah melukakan hati ramai pihak dengan perangai saya yang mungkin kurang memuaskan korang semua..bukan saya saja buat perangai macam tu tapi saya takut terjadi benda yang sama untuk kali ke dua..
 
Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah dan kita sebagai hamba perlu redho..apa yang penting saya akan dapat tempias kebahagiaan apabila saya melihat kawan2 saya bahagia.. Smile
 

Khamis, 9 Ogos 2012

MANUSIA SERING BERMAIN DENGAN TAUBAT…

boleh ke kita bermain dengan taubat...??manusia selalu buat main dengan taubat lbey2 lagi orang yang bila semua msyarakat tengok memang dia macam warak, tapi bila orang tak pandang dia lah saitan yang bertopengkan manusia...macam 1 kesah ni..kesah sepasang kekasih..si lelaki 2 orang selalu kenal dia dengan sifat waraknya..rajin pergi masjid surau dan ceramah2 agama dan si perempuan pula memakai tudung labuh...1 hari si lelaki ajak si perempuan keluar namun si perempuan tak nak tetapi bila di pujuk berkali2 oleh si lelaki si perempuan pun setuju...apabila sampai di sebuah shooping mall si lelaki cuba untuk pegang tangan si perempuan namun si perempuan tak mahu maka berlaku lah perbualan ini:

 

perempun: tak nak lah pegang2 tangan semua orang nampak nanti.

lelaki : ala, xpe, apa salahnya

perempuan: tak baik la, nanti apa orang cakap

lelaki : jangan hiraukan cakap orang lagi pun dia orang bukan tau kita ni sapa..adik beradik ke.??suami isteri ke?? kan kita jep yang tau kita ni makwe pakwe..

perempuan : yelah tapi kan Allah nampak dan tahu..

lelaki: tak pe lah kita pegang tangan jep..bukan dosa besar sangat pun balik nanti taubatlah..

 

marilah kita tepuk dada tanya iman masing2 adakah taubat itu boleh di buat main..??jangan lah berbuat demikian..memanglah Allah 2 maha penerima taubat..tapi jangan lah bertaubat olok2 dan kemudian hari ulangi lagi…

Selasa, 7 Ogos 2012

PESANAN BUAT KAUM WANITA…

Pesanan ini khas untuk kita bersama..sambil saya menasihati diri saya sambil mengingatkan kita semua tentang aurat wanita..mari baca ramai2…

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, Maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk dadanya,
Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
dada dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
Mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk belakangnya,
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,
Dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau meMakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada kakinya,
Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau meMakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
Maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
meMakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
umpama tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan Allah yang paling sukar untuk dijaga adalah wanita solehah…
wasalam..

Jumaat, 6 Julai 2012

kelebihan surah Al-Mulk..

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang “Fadhilat membaca surah Al-Mulk”..artikal ini saya petik dari laman http://nursyirah.wordpress.com.. sselamat membaca…

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulksehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yangmenyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”

(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.

(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)

(HR At Tabrani)

An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”

Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

di kesempatan ini saya ingin mengajak kawan2 semua untuk mengamalkan surah ini sebelum tidur..insya’Allah kita akan diampunkan dosa….selamat beramalSmile

Khamis, 5 Julai 2012

cinta

419458_341097882600762_100001016600015_952955_2085015784_n

Janganlah terlalu bersedih atas masa lalu yang pernah terjadi pada dirimu cobalah menutup rapat-rapat dan mengikat masa lalumu dengan KEIKHLASAN Yang pergi biarlah pergi dan jangan kau ungkit kembali yang hanya akan membuatmu putus asa ...

COBALAH UNTUK MEMBUKA LEMBARAN BARU & MELANGKAH MENUJU MASA DEPAN.

 

Dan jangan patah semangat karena hati yang tersakiti,

mungkin itu ujian sebuah yang maha membolak balik hati... itu lah jalan tuk memperbaiki diri...

menjadi muslimah yang terbaik...

semoga Allah subhanahu wa ta'ala mengantikanya dengan yang

lebih sholeh dan sholehah pada diri kita...Aamiin.....

 

“Ya Allah..

Jikalau cinta ini adalah ketertawanan,

tawanlah hatiku dengan cinta kepada-Mu,agar tidak ada lagi yg dapat menawan hatiku..

Jikalau rindu ini adalah rasa sakit, penuhilah rasa sakit ini dengan rindu kepada-Mu….”

 

aq tak banyak mengerti tentang cinta..

aq tak boleh fahami makna terdalam cinta…

namun d’saat aq ingat dia, semua tu ada..

dalam hati brkata…

aq mencintai dia……….

cinta itu indah,dia itu anugrah,

bila kita mencintai seseorang jangan engkau ingin memiliki dia,

tapi membuat dia bahagia,,,,,,,,,,^_^

 

Aku

mungkin bukan teman yang “sempurna” yang kau cari,

bukan juga yang “terbaik” diantara semuanya,

tapi yang pasti aku adalah teman yang selalu ingat akan kewujudan kau dalam hati ku…